Monday, October 1, 2012

luahan tanpa modal

assalamualaikum w.b.t lagi sekali assalamualaikum pembuka bicara aku malam ni . agak lama tak mencoret kisah di laman ini . laman misteri aku seorang rasanya . feel free do visit . tapi kalau dah baca coretan aku , harap maaf aku menulis atas curahan hati aku . ahh serabut rasanya setelah beberapa bulan berada di alam universiti ini . suka gelak tawa sedih gundah gulana semua ada . esok bermula final exam aku , dah empat bulan aku belajar kt upsi ni . tapi aku kesal . dalam masa empat bulan aku kurang dapat input yang memuaskan . walaupun hanya topik topik ulangan spm yang diajar tapi aku masih jahil . masih lemah , aku rasa bahana spm tak berkat . luorang nak gelakkan ke apa ke . aku tak kisah . kadang kadang aku rasa aku suck . tapi aku tahu Allah selalu ada dengan aku . tak payah tunggu masuk waktu nak solat . banyak lagi cara nak dekati Allah . ahh maafkan aku tersasar tadi . berbalik kepada output dan input yang aku dapat kt sini which is upsi . sometimes aku rasa menyesal masuk sini . since pembelajaran yang aku kurang minat , sebab aku nak sambung diploma mechanical engineering . mak ayah suruh sambung bahagian perguruan . aku terima aku redha sebab aku tahu setiap apa yang mak ayah kita sarankan untuk kita pasti akan membuahkan hasil .ada berkat disitu . cuma lambat atau cepat . aku menulis ini pada pukul 3 pagi dan aku ada banyak sebenarnya yang nak diluahkan . aku ada banyak simpan perasaan suka duka dll . tapi kalau aku luah kt kawan kadang kadang mereka take it as a joke . aku tak dapat response yang sebaiknya , apa yang aku nak . aku taktau apa yang buat hati aku akan tenanag . meracau . since aku menulis ni . alang alang aku luahkan apa yang aku rasa , pertama , setiap lelaki yang berdiri atas dunia mahukan kasih sayang selain daripada kasih sayang Allah mak ayah dan adik beradik iaitu kasih sayang seorang yang bernama perempuan . aku tak lari daripada lumrah manusia , aku pun nak rasa apa yang kawan kawan aku rasa . tapi aku banyak buat pemerhatian dan aku fahami beberapa sikap perempuan daripada hubungan kawan kawan aku . nak disimpan aku tak cukup kuat , nak diluah tak seorang yang faham . bila aku nak beralih ke serious conversation even dengan kawan kawan aku , mereka pasti perlekehkan dan seperti apa yang aku cakap , mereka buat lawak pasal benda itu dan response yang kurang puas . dalam hidup aku aku jarang bercakap dengan perempuan even dengan kawan dan aku pun rasa geram dengan diri sendiri . kadang kadang aku rasa . bodoh ah kau roon , kenapa kau macam ni pun aku taktau . aku rasa macam hancur , ada ke perempuan yang nak kt aku ? itu semua biar jadi persoalan . ada jodoh adalah . kalau tiada ? itu semua kerja Allah . dah tertulis kt lauh mahfuz . aku cuma jalankan kerja . back to story , aku ada minat kt seorang perempuan . aku takut nak luahkan perasaan aku . even if kadang kadang aku rasa nak approach ah . tapi perasaan aku bodoh , kata jangan jangan , kalau kau kena reject buat malu . lama jugaklah aku rasa aku bermain dengan perasaan sendiri , aku sanggup simpan ah perasaan tu daripada aku luahkan . aku taknak sebab aku approach kau , status kawan kita renggang . aku lebih suka kawan daripada jadi awek aku ke apa ke . aku tengok hidup kawan kawan aku bersepah dengan awek . memang tak semua orang macam tu . tapi aku beringat , mak ayah hantar nak belajar bukan menggatal . dalam masa yang sama , entah dari mana suara kecil hati aku cakap kalau dah tertulis aku akan jumpa perempuan itu masa belajar , benda nak jadi kita mana tahu . biarlah dia gelak depan aku suka depan aku , daripada aku luahkan , entah positif ke negatif ke jawapan dia . okay tak sanggup nak teruskan kisah yekyek aku . tengok luaran aku kadang kadang kasar tak selalu hati aku kasar . ada masa aku fikir macam macam . by the way doakan aku nak final exam esok . maafkan kalau aku ada buat silap singgung perasaan anda semua . aku jahil maafkan aku lagi sekali . berkenaan dengan apa yang aku tulis harap maaf segala kesalahan tatabahasa , huruf kecil dan besar . kalau rasa aku terlalu poyo . kutuk dalam hati simpan sendiri . salam satu dunia kejam

No comments:

Post a Comment